Hadis Rasulullah SAW tentang sifat Dermawan
Friday, June 18, 2010
PENAUNG, AHLI LEMBAGA PENASIHAT DAN AHLI JAWATNKUASA MAAHAD TAHFIZ
A. PENAUNG
Ketua Pegawai Bahagian JAIS Miri: Uztaz Jamaludin bin Paim
B. Ahli Lembaga Penasihat:
1. Hj Puzi Bin Ismail
2. En. Yahya Bin Hj Raman
3. Uztaz Awangku Shaffri Bin Awang Latiff
4. En. Ibrahim Bin Zaini
5. En. Ajrun Bin Zainul
C. Ahli Jawatankuasa
PENGERUSI: Uztaz Hamzah Bin Talib
TIM. PENGERUSI: Uztaz Azman Bin Yahya
SETIAUSAHA: Mohd Izhar Bin Mohd Ghazali
BENDAHARI 1. Muhammad Farid Bin Hj Kamsan
BENDAHARI 2. Uztaz Zamri Bin Saidi
AHLI JAWATANKUASA : -
1. Aziz Bin Manai
2. Abdul Rahman Bin Mohd Rais
3. Kamil Bin Arbi
4. Mahayudin Bin Yahya
5. Awang Abd Rahim Bin Awang Bohari
6. Zekeria Bin Hassan
7. Nurulizwan Bin Mohamed Taib
8. Muzianti Bin Talaha
PEMERIKSA KIRA-KIRA:
1. Hasnani Bin Masni
- 2. Esa Bin Hj Ya’akup
Thursday, June 17, 2010
Gambar Maahad Tahfiz Batu Tellingai
KERTAS KERJA MAAHAD TAHFIZ BATU TELLINGAI
- Berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan1956 (Pindaan 1978) SA 0016577-X.
- Berdaftar di Jabatan Agama Islam Sarawak.
- Mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Bintulu dan Miri.
- Mendapat sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Mendapat sokongan dari Baitul Mal Negeri Sarawak.
- Sokongan dari Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah.
- Sokongan dari Kementerian Kesihatan Daerah.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
- Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.
- Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
- Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
- Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.
b. Naib Mudir
c. Musrif Darul Igamah
d. Lujnah Pembangunan
e. Lujnah Hal Ehwal Pelajar
f. Lujnah Pelajaran dan Pembangunan Sahsiah
- Sebuah surau
- Dewan pengajian, bilik dapur dan asrama pelajar tahfiz
- Surau
- Dewan Pengajian, bilik tetamu dan asrama Tahfiz
- Peringkat Nazirah: Pada peringkat ini pelajar-pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran, Tajwid yang betul dan kelancaran membaca AI-Quran.
- Peringkat penghafalan: Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzuk 30 sehingga ke juzuk 27, Kemudian bermula dari awal juzuk pertama hingga akhir.
7.30 am - 8.30 am | Rehat dan sarapan pagi |
|
8.30 am -11.30 am | Kelas sepenuh masa | |
11.30 am – 12.00 pm | Rehat dan tidur | |
12.00 pm – 1.00 pm | Solat fardhu Zuhur + Makan iqamat | |
1.30 pm – Waktu A’sar | Kelas Pengajian & Penyemakan | |
4.15 pm – 5.00 pm | Ta’lim A’sar | |
5.00 pm – 6.00 pm | Rehat, riadah dan makan malam | |
6.00 pm – 7.00 pm | Solat fardhu Maghrib | |
7.00 pm – isya’ | Kelas menghafal baru (sabak) | |
Lepas isya’ – 9.00 pm | Taa’lim + Makan malam | |
9.00 pm – 10.30 pm | Pengajaran hafalan lama (subki & manzil) | |
11.00 pm – 4.30 am | Lampu dipadamkan tidur dan solat tahajud |
- Pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun
- Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan yang mendalam
- Tamat belajar tahun 6 (UPSR) dan lulus PMR
- Boleh membaca AI-Quran dengan lancar
- Boleh membaca ,menulis jawi dan rumi
- Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa
- Lulus temuduga oleh pihak maahad
8.2 BILANGAN MURID
Untuk permulaan ini madrasah akan mengambil pelajar tidak melebihi 20 lelaki sahaja. Ini disebabkan bangunan asrama terhad. Pengambilan pelajar akan terbuka untuk semua pelajar yang berkelayakan seluruh Malaysia. InsyaAllah, untuk jangka masa yang akan datang, kita juga akan menerima pelajar - pelajar dari luar negera.
9.0 TENAGA PENGAJAR
Dua orang guru Hafiz A-Quran adalah diperlukan untuk mengendalikan kelas Hafiz ini. Guru-guru yang dicadangkan ialah mereka yang telah tamat pengajian hafiz dari mana-mana pusat tahfiz dalam dan luar negeri dan berwarganegara Malaysia .
9.1 SUMBANGAN DAN GANJARAN
Semua tenaga pengajar yang berkhidmat di madrasah ini adalah secara sukarela atas dasar pengorbanan untuk agama bagi perkembangan Al-Quran itu sendiri. Walau bagaimanapun imbuhan akan diberikan antara Rm 800 hingga Rm 1000 sebulan. (Permulaan)
9.2 KEMUDAHAN ASAS
Kemudahan asrama akan disediakan. Begitu juga segala keperluan asas. Makan dan minum adalah disediakan dengan yuran bulanan yang berpatutan.
9.3 TEMPAT KEDIAMAN TENAGA PENGAJAR
Oleh kerana tahfiz dijalankan sepenuh masa maka tempat kediaman guru adalah di dalam kawasan Madrasah. Bilik untuk guru-guru akan disediakan di dalam asrama itu sendiri.
10.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
Sumber kewangan yang Maahad Tahfiz Batu Tellingai diperolehi adalah daripada sumber-sumber seperti berikut:
- Kutipan yuran yang diperolehi daripada pelajar-pelajar. Yuran yang berpatutan ini adalah untuk keperluan pelajar seperti yuran pelajaran, belanja makanan dan keperluan-keperluan asas seperti elektrik, air dan alat-alat pembelajaran yang lain.
- Derma daripada orang ramai atau daripada badan-badan kebajikan tertentu berupa wang tunai atau barangan.
- Zakat dan Wakaf.
- Maahad Tahfiz Batu Tellingai juga menerima sumbangan derma, zakat dan wakaf samada dalam bentuk wang ringgit atau barangan.