Hadis Rasulullah SAW tentang sifat Dermawan

"Baginda Rasulullah SAW bersabda bahawa orang dermawan adalah dekat kepada Allah swt, dekat pada syurga, dekat pada manusia dan jauh daripada neraka. Dan orang bakhil adalah jauh daripada manusia dan dekat pada neraka. Sesungguhnya orang jahil yang dermawan adalah lebih di sukai Allah swt daripada orang beribadat yang bakhil" Hadis riwayat Termizi dan Misykat.

Thursday, June 17, 2010

KERTAS KERJA MAAHAD TAHFIZ BATU TELLINGAI

1. Pengenalan

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia dan telah mengajarkan manusia bayan (kuasa bertutur dan menjelaskan) serta menurunkan manusia Al-Quran dan telah menjadikan IA peringatan, penawar, petunjuk, dan rahmat bagi sesiapa yang mempunyai iman. Tidak ada sebarang keraguan pada Al-Quran dan DIA tidak menjadikan Al-Quran menyimpang dan DIA menurunkan Al-Quran sebagi kitab yang lurus, menjadi hujjah (dalil) dan nur bagi sesiapa yang mempunyai keyakinan terhadap Al-Quran. Selawat dan salam yang selengkapnya dan yang paling sempurna keatas baginda SAW yang merupakan sebaik-baik mahkluk di kalangan jin dan insan. Nur baginda SAW telah mencahayakan hati-hati dan kuburan. Kedatangan baginda SAW adalah rahmat bagi sekelian alam. Selawat dan salam juga keatas keluarga dan para sahabat baginda SAW yang merupakan bintang petunjuk dan penyebar al-Quran dan juga keatas sesiapa sahaja yang mengikuti baginda SAW dengan penuh keimanan. Kewujudan Maahad Tahfiz Batu Tellingai merupakan sebahagian usaha suci murni untuk meneruskan perjuangan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dalam menyebarkan Al-Quran sekaligus mengamalkan keseluruhan Al-Quran dalam kehidupan. Moga dengan sedikit usaha yang serba kekuranganl ini, Allah SWT merahmati dan meredhai usaha ini.

2. Sokongan dan Pengitirafan Maahad Tahfiz Batu Tellingai

Sebagai Badan NGO dan Institusi pendidikan swasta yang menawarkan perkhidmatan Pendidikan dan Penghafalan Al-Quran, Maahad Tahfiz Batu Tellingai terus berusaha untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pihak-pihak yang berikut:
  1. Berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan1956 (Pindaan 1978) SA 0016577-X.
  2. Berdaftar di Jabatan Agama Islam Sarawak.
  3. Mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Bintulu dan Miri.
  4. Mendapat sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri.
  5. Mendapat sokongan dari Baitul Mal Negeri Sarawak.
  6. Sokongan dari Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah.
  7. Sokongan dari Kementerian Kesihatan Daerah.

3. Alamat surat-menyurat


Maahad Tahfiz Batu Tellingai Surau Darul Hijrah,
Jalan Miri Bintulu, Kampung Jambatan Batu Tellingai Suai,
98200 Miri, Sarawak.
Tel: 0135790088/0136558797


4.Matlamat Penubuhan

Penubuhan Maahad Tahfiz Batu Tellingai ini diadakan di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan para Hafiz Al-Quran khasnya di negeri ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan Maahad Tahfiz ini adalah bertepatan pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Madrasah Tahfiz sahaja di seluruh negara dengan bilangan pelajar yang terhad. Maahad Tahfiz ini sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Maahad Tahfiz ini juga diwujudkan bagi mencapai matlamat seperti berikut :

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
  • Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.
  • Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
  • Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
  • Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.
5. Pentadbiran Maahad Tahfiz

Maahad Tahfiz Batu Tellingai adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz itu sendiri. Perlantikan ini telah dibuat pada mesyuarat penubuhan Maahad Tahfiz. Selepas pembentukan ahli jawatankuasa ini, pihak AJK telah bermesyuarat bagi melantik satu lembaga tadbir bagi mengendalikan madrasah ini sepenuh masa. Lembaga pentadbiran yang akan dilantik adalah seperti berikut :

a. Mudir / pengetua
b. Naib Mudir
c. Musrif Darul Igamah
d. Lujnah Pembangunan
e. Lujnah Hal Ehwal Pelajar
f. Lujnah Pelajaran dan Pembangunan Sahsiah

6. Latar Belakang Maahad Tahfiz

6.1 Keluasan tanah

Keluasan tanah yang digunakan untuk pembangunan Maahad Tahfiz Batu Tellingai ialah seluas lebih kurang 350 kaki persegi. Sebahagian daripadanya ialah diwakafkan oleh pengasas Surau Darul Hijrah dan keluarganya iaitu seperti berikut:
  • Sebuah surau
  • Dewan pengajian, bilik dapur dan asrama pelajar tahfiz
6.2 Bangunan
  • Surau
Bangunan sementara yang digunakankan pada masa ini ialah sebuah surau yang boleh menempatkan seramai 50 orang jemaah dalam satu masa. Di sinilah semua majlis dan program pengajian diberikan, majlis taklim, muzakaran dan muhasabah pelajar diberikan. Ditingkat bawahnya sebagai pejabat operasi dan sebahagiannya dijadikan sebagai asrama lelaki.

  • Dewan Pengajian, bilik tetamu dan asrama Tahfiz
Bangunan asrama ialah dibawah surau yang telah diubahsuai dan tingkat atas ialah musollah yang dijadikan juga sebagai dewan pengajian yang boleh menempatkan seramai 20 orang pelajar lelaki. Bangunan ini dilengkapi dengan 2 buah tandas dan sebuah bilik mandi, sebuah bilik tetamu, dan sebuah bilik guru.

7. Sukatan Pelajaran

Pengajian di madrasah ini dijangka akan mengambil masa 3 hingga 5 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir (syahadah) akan diadakan. Syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian di madrasah ini adalah seperti berikut :
  • Peringkat Nazirah: Pada peringkat ini pelajar-pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran, Tajwid yang betul dan kelancaran membaca AI-Quran.
  • Peringkat penghafalan: Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzuk 30 sehingga ke juzuk 27, Kemudian bermula dari awal juzuk pertama hingga akhir.

7.30 am - 8.30 am

Rehat dan sarapan pagi

8.30 am -11.30 am

Kelas sepenuh masa

11.30 am – 12.00 pm

Rehat dan tidur

12.00 pm – 1.00 pm

Solat fardhu Zuhur + Makan iqamat

1.30 pm – Waktu A’sar

Kelas Pengajian & Penyemakan

4.15 pm – 5.00 pm

Ta’lim A’sar

5.00 pm – 6.00 pm

Rehat, riadah dan makan malam

6.00 pm – 7.00 pm

Solat fardhu Maghrib

7.00 pm – isya’

Kelas menghafal baru (sabak)

Lepas isya’ – 9.00 pm

Taa’lim + Makan malam

9.00 pm – 10.30 pm

Pengajaran hafalan lama (subki & manzil)

11.00 pm – 4.30 am

Lampu dipadamkan tidur dan solat

tahajud



8. Pengambilan Pelajar

8.1 Pengambilan pelajar adalah seperti berikut:
  • Pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun
  • Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan yang mendalam
  • Tamat belajar tahun 6 (UPSR) dan lulus PMR
  • Boleh membaca AI-Quran dengan lancar
  • Boleh membaca ,menulis jawi dan rumi
  • Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa
  • Lulus temuduga oleh pihak maahad


8.2 BILANGAN MURID

Untuk permulaan ini madrasah akan mengambil pelajar tidak melebihi 20 lelaki sahaja. Ini disebabkan bangunan asrama terhad. Pengambilan pelajar akan terbuka untuk semua pelajar yang berkelayakan seluruh Malaysia. InsyaAllah, untuk jangka masa yang akan datang, kita juga akan menerima pelajar - pelajar dari luar negera.

9.0 TENAGA PENGAJAR

Dua orang guru Hafiz A-Quran adalah diperlukan untuk mengendalikan kelas Hafiz ini. Guru-guru yang dicadangkan ialah mereka yang telah tamat pengajian hafiz dari mana-mana pusat tahfiz dalam dan luar negeri dan berwarganegara Malaysia .


9.1 SUMBANGAN DAN GANJARAN

Semua tenaga pengajar yang berkhidmat di madrasah ini adalah secara sukarela atas dasar pengorbanan untuk agama bagi perkembangan Al-Quran itu sendiri. Walau bagaimanapun imbuhan akan diberikan antara Rm 800 hingga Rm 1000 sebulan. (Permulaan)

9.2 KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asrama akan disediakan. Begitu juga segala keperluan asas. Makan dan minum adalah disediakan dengan yuran bulanan yang berpatutan.


9.3 TEMPAT KEDIAMAN TENAGA PENGAJAR

Oleh kerana tahfiz dijalankan sepenuh masa maka tempat kediaman guru adalah di dalam kawasan Madrasah. Bilik untuk guru-guru akan disediakan di dalam asrama itu sendiri.


10.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan yang Maahad Tahfiz Batu Tellingai diperolehi adalah daripada sumber-sumber seperti berikut:


  • Kutipan yuran yang diperolehi daripada pelajar-pelajar. Yuran yang berpatutan ini adalah untuk keperluan pelajar seperti yuran pelajaran, belanja makanan dan keperluan-keperluan asas seperti elektrik, air dan alat-alat pembelajaran yang lain.
  • Derma daripada orang ramai atau daripada badan-badan kebajikan tertentu berupa wang tunai atau barangan.
  • Zakat dan Wakaf.
  • Maahad Tahfiz Batu Tellingai juga menerima sumbangan derma, zakat dan wakaf samada dalam bentuk wang ringgit atau barangan.

No comments:

Post a Comment